| Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah | |
|
+5Akmal3110 alor star airmen kuk katon MR. STARK 9 posters |
Author | Message |
---|
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
| Subject: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Wed Nov 25, 2009 2:33 pm | |
| Pembaharuan dalam bidang ketenteraan yang dilakukan oleh kerajaan abbasiyah
-Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti turki dan parsi
-Mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan
-Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera
Struktur organisasi ketenteraan kerajaan abbasiyah
Struktur organisasi
Khalifah
Al-wazir
Diwan al-jund ( kementerian pertahanan )
Kementerian pertahanan terbahagi 8 :
1)Bahagian kewangan ( majlis takrir )
-Mengurus hal-hal gaji dan imbuhan tentera -Mengurus hal-hal ketenteraan -Mengurus belanjawan khusus untuk pengurusan, latihan dan peralatan ketenteraan
2)Bahagian latihan ( majlis al-muqabalah )
-Mengurus pengambilan dan latihan kepada tentera baru
3)Bahagian peninjau ( al-massahuun )
-Membuat panduan dan menasihatkan penglima angkatan tentera tentang topografi sesuatu tempat
4)Bahagian pengurusan sumber manusia ( diwan at-tasnif )
-Mengurus kenaikan pangkat -Mengurus penyusunan tentera mengikut pasukan
5)Depot simpanan ( diwan al-aradh )
-Mengurus stor dan kelengkapan persenjataan
6)Bahagian perisikan ( al-jawasis )
-Mengintip kekuatan dan kedudukan musuh serta tahap kesetiaan tentera islam
7)Bahagian kejuruteraan ( dairah al-muhandasah )
-Mengurus pembinaan kem-kem tentera dan kubu-kubu pertahanan
8)Bahagian tentera laut ( al-bahriah )
-Mengawasi perairan kerajaan abbasiyah
-Mengawasi kerja-kerja pembinaan kapal-kapal perang -Menyusun angakatan tentera laut
Fungsi ketenteraan dalam menjaga keamanan negara. Terbahagi kepada 2 tugas :
i.Tugas utama
a.Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan luar b.Menentang musuh negara c.Menghadapi sebarang keadaan darurat
ii.Tugas bantuan
a.Membantu pihak polis dan pihak berkuasa awam dalam memelihara ketenteraman awam dan operasi anti keganasan
b.Membantu pihak berkuasa awam dlam bantuan malapetaka dan pembangunan negara
Faktor-faktor kejayaan tentera islam pada zaman abbasiyah
i.Dasar ketenteraan yang terbuka. Keanggotaan tentera dibuka kepada orang bukan arab seperti parsi dan turki
ii.Pemimpin yang berkaliber. Para khalifah seperti Abu Ja'far Al-Mansur dan Harun Ar-rasyid amat mengambil berat terhadap kebajikan tentera
iii.Peralatan ketenteraan yang canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut perkembangan semasa seperti Manjanik, Dabbabah, Baruud dan kapal perang
iv.Strategi peperangan yang berkesan. Ia sentiasa diubahsuai mengikut keperluan dan perkembangan semasa sama ada dari segi strukur ketenteraan / cara menyerang
v.Keimanan dan semangat jihad tentera islam. Tahap keimanan yang mantap, semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang bermatian-matian demi menjaga agama Islam daripada dihancurkan.
5.Kepentingan keselamatan untuk pembangunan dan kemajuan negara
i. Kestabilan politik akan tergugat jika negara tidak aman
ii.Ekonomi akan lumpuh dan pendidikan akan terjejas jika negara islam yang dibentuk mudah dicerobohi oleh anasir buruk
iii.Agama Islam akan diketepikan dan dirosakkan oleh agama lain jika negara islam dijajah oleh bangsa yang bukan Islam. | |
|
| |
katon Sergeant Major
Posts : 809 Join date : 05/10/2009 Age : 49 Location : puchong
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Wed Nov 25, 2009 4:30 pm | |
| mantap la info hang. Kalau dapat complete info pasal tamadun islam especially dalam perang salib lagi best. Selama ni kita dok tgk barat ja dok buat filem pasal perang salib. Belajaq tamadun islam dulu main2, la ni baru kalut | |
|
| |
kuk Sergeant Major of the Army
Posts : 2938 Join date : 17/09/2009 Age : 47 Location : Kelantan
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 11:13 am | |
| Sam la kita. Dulu masa kat sekolah yang tau pasal perang badar dan perang uhud je. Yang lain tu tak nak ambik tau | |
|
| |
alor star airmen Specialist
Posts : 165 Join date : 13/09/2009 Age : 47
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 7:48 pm | |
| menarik juga kalau dapat info mengenai perang salib | |
|
| |
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 7:55 pm | |
| aku nk tanya sikit la. sapa tau bagaimana tentera2 islam zaman rasulullah dan sahabat dilatih? adakah amalan sepak terajang, caci maki, herdik-mengherdik turut dipraktikkan sama mcm skrg ni?
adakah amalan ini telah diwarisi sejak dulu lagi untuk melahirkan tentera yang kental dari segi mental dan fizikal? | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 8:01 pm | |
| - Admin wrote:
- aku nk tanya sikit la. sapa tau bagaimana tentera2 islam zaman rasulullah dan sahabat dilatih? adakah amalan sepak terajang, caci maki, herdik-mengherdik turut dipraktikkan sama mcm skrg ni?
adakah amalan ini telah diwarisi sejak dulu lagi untuk melahirkan tentera yang kental dari segi mental dan fizikal? Mungkin mereka tidak memerlukan amalan-amalan macam sekarang kerana ketaatan mereka pada agama itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mereka kental dari segi mental dan fizikal. Bukan saya hendak kata tentera kita sekarang tidak taat kepada agama cuma mungkin cara itu tidak bersesuai dengan orang kita yang keras kepala. Masing-masing dengan cara masing-masing. | |
|
| |
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 8:14 pm | |
| Mungkin ATM leh amik modul2 latihan yang digunapakai oleh Rasulullah dan para sahabat untuk dipraktikkan kepada tentera negara kita hari ni. secara tak langsung akan melahirkan tentera yang bukan sekadar taat kepada raja dan negara, malah sedia berkorban untuk agama Islam yang tercinta. | |
|
| |
kudabesi87 Sergeant Major of the Army
Posts : 1400 Join date : 03/10/2009 Age : 37 Location : Chenorbyl
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Thu Dec 10, 2009 11:03 pm | |
| menarik nih...
apa akmal tu cakap ada point..orang arab, memang dah darah daging dia berperang waktu jahiliah lagi. semangat perwira tu mmg dah ada, dorang boleh berperang antara kabilah sebab kecik jer. bila Islam datang, dorang menukarkan smangat assabiah tadi kepada kecintaan kpd Allah dan Rasul. serta ikatan persaudaraan Islam..ikhwanul muslimin.
yg admin cakap pon ada point
mcm yg dr ridhuan tee tulis dlm blog dia baru2 nih, yg buku Sun Tzu student2 strategic studies, general, politician, businessman bace dari kulit ke kulit siap kena hafal.
tapi pengajaran dari peperangan tentera Islam, rahsia dalam Al-Quran dan Sunnah tak diambil.
mungkin Kagat, atau sape2 strategis Islam boleh buat model/ doktrin berdasarkan Islam. lepas tu bg la kat negara OIC lain..hoho baru solidariti org kate. skang kat UPNM dah ada bdk2 amik strategic studies..dlm ATM pun ramai | |
|
| |
rgt356 Corporal
Posts : 222 Join date : 10/10/2009 Age : 34
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Wed Dec 30, 2009 2:43 am | |
| tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT) penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Wed Dec 30, 2009 6:57 am | |
| - rgt356 wrote:
- tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT)
penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat Betul. Dulu senang-senang je kita boleh jumpa tin dan botol arak dalam berek atau mes. Sekarang rasanya dah susah nak jumpa. Ni semua hasil usaha keras KAGAT. | |
|
| |
rgt356 Corporal
Posts : 222 Join date : 10/10/2009 Age : 34
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Wed Dec 30, 2009 5:01 pm | |
| - Akmal3110 wrote:
- rgt356 wrote:
- tetapi kalau mmengikut mulut orang semenjak ditubuhkan Kor Agama Tentera (KAGAT)
penghayatan rohani tentera2 kita makin meningkat Betul. Dulu senang-senang je kita boleh jumpa tin dan botol arak dalam berek atau mes. Sekarang rasanya dah susah nak jumpa. Ni semua hasil usaha keras KAGAT. apa pendapat komrad semua jika tentera kita (lebih2 lagi KAGAT) menggunakan pendekatan seperti tentera ikhwanul muslimin(x pasti betul atau tidak ejaan) dalam latihan ketenteraan ingat mereka dalam masa hanya setahun mampu bangkit memerangi israel untuk mendapatkan kembali wilayah mereka yang telah dirampas | |
|
| |
mafiafran Civilian
Posts : 4 Join date : 30/08/2010 Age : 54
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Tue Aug 31, 2010 2:19 pm | |
| | |
|
| |
PakUde Private
Posts : 89 Join date : 26/08/2010 Age : 59 Location : Ampang
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah Tue Aug 31, 2010 3:34 pm | |
| -Ada sahabat yang menangis sebab nabi S.A.W tak bagi joint perang.Mak dia tak izinkan.bayangkan la kalau tak dapat joint perang boleh menangis.kita menangis sebab takutkan perang ada la kot. -cam tu sekali kuatnya semangat para sahabat dulu.masing-masing nak sangat mati syahid. -Tiap dua jari ada kesan luka perang kat tubuh Khalid al Walid. -nak jadi askar salahudin tak boleh tinggal tahhajud -tentera sultan muhammad 2 masa takluk constinaple tahfiz.Sultan muhammad 2 tu tak pernah tingal tahajjud sejak akhil baligh. -sebab tu lah tentera islam dulu kuat. -nabi S.A.W dalam hadis suruh kita belajar memanah.bergusti dan berenang.bukan sebab kesihatan saja tu... -lagi satu kena ikut arahan ketua walau apa yang berlaku...senario kes perang uhud -moral dengan disiplin tentera islam dulu tinggi sebab Islam tu sendiri -dalam Al-Quran ayat keberapa aku lupa... ada dijelaskan dah banyak tentera yang sikit dapat kalahkan tentera yang ramai.Kekuatan dan modennya senjata bukan penentu kemenangan semata-mata.senario kes zaman moden-lojik soviet keluar dari afghan sebab tak mampu kalahkan Mujahiddin.Sampai Soviet tu runtuh la.
-sila la betulkan apa yang aku merapu ni- | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah | |
| |
|
| |
| Pembaharuan dalam bidang ketenteraan semasa kerajaan abbasiyah | |
|