| Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 | |
|
+14asyraff88 afiq flanker Reza Su-30MKM payid430 rgt356 kudabesi87 MR. STARK mr. kurien tomcat tiram Laksamana Sunan alor star airmen kuk ikansadinmknorang Akmal3110 18 posters |
|
Author | Message |
---|
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 8:48 pm | |
| Pameran ini berlangsung pada 1 Disember sehingga 5 Disember 2009. Lokasi pameran terletak di Pulau Langkawi dan terbahagi kepada dua lokasi utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan juga Awan Porto Malai. Malang sekali saya hanya menghadiri pameran ini pada 4hb dan 5hb sahaja. Bertolak dari jeti Kuala Kedah pada jam 0930 dan tiba di jeti Kuah pada jam 1100. Setelah selesai urusan kereta sewa, motel dan sebagainya saya bertolak ke Awana Porto Malai pada jam 1430 dari Motel Sri Manis di Pekan Kuah. Saya dah 'planning' 4hb hanya di Awana Porto Malai dan 5hb sepenuhnya di LTAL. Jalan di kawasan LTAL sesak dan dipenuhi orang ramai. Ada satu 'viewpoint' yang strategik untuk pameran udara dan tempat ni percuma. Betul-betul terletak atas bukit yang menghadap LTAL. Kawasan ini dikenali dengan nama Permandangan Indah. Setiba di Awana Porto Malai, jalan pun sesak teruk jugak.Nak cari ‘parking’ pun bukan main payah tapi nasib baik jugak jumpa. Sampai di jeti sebelah hotel tu, terus ja Kastam mula persembahan bot. Bot Kastam yang yang pertama ni bot Perantas dengan nombor ‘penant’ KB59. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 8:53 pm | |
| | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 8:56 pm | |
| | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 9:04 pm | |
| | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 9:06 pm | |
| | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 11:33 pm | |
| Ini adalah lain-lain gambar yang saya ambil. RHIB milik Bomba. Yang ni rasanya CB90 TLDM. Ni pun sama. Ni bukan nak amik gambaq awek tapi dah dia lintas masa tu, so nasib la. Hehehe. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Tue Dec 08, 2009 11:35 pm | |
| Sambungan. Bot yang tidak diketahui kelasnya. Milik Glenn Defense Marine. Kapal APMM yang tak diketahui kelasnya. Sapa boleh tolong? RIB yang tidak diketahui pemiliknya. | |
|
| |
ikansadinmknorang Sergeant Major of the Army
Posts : 1780 Join date : 15/09/2009 Location : lumut navy town
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Wed Dec 09, 2009 4:16 am | |
| steadylah..nice pic walaupun x pakai DSLR..tp harap nxt RMK leh rembat sebijik...haha..
yg CB90 tu btul dah..RMN nye...
ok...kapal APMM tu adalah kapal Langkawi class...ex-Musytari class yg dilucut tauliah dr RMN...dan di serapkan sbg aset APMM...
glenn marine..no comment...cam bot gi pusing pulau je...
rhib yg ade enjin mercury tu..sy rasa lah...mercury nye..siap ade flag die lagi..haha...
anyway...menantikan sambungan seterusnya bg diri LIMA 09....
NICE ONE... | |
|
| |
kuk Sergeant Major of the Army
Posts : 2938 Join date : 17/09/2009 Age : 47 Location : Kelantan
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Wed Dec 09, 2009 11:44 am | |
| Ni pun sama. Ni bukan nak amik gambaq awek tapi dah dia lintas masa tu, so nasib la. Hehehe.[/quote] Mal, Inilah yang dikatakan sambil menyelam, sambil minum air | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 9:10 am | |
| Setelah beberapa ketika meninjau kawasan sekitar pameran dan merungut-rungut sebab tak boleh nak pergi dekat dengan KD TAR, para penonton dikejutkan dengan bunyi tembakan yang bertalu-talu dan letupan. Bunyi-bunyi ini datang dari sebuah kapal yang berada di hadapan para penonton. Ketika ini jugalah demonstrasi Polis Diraja Malaysia bermula. (Maaf ye sebab masa ni saya ambil video dan masih lagi mengalami masalah untuk diupload ke Youtube. Jadi saya ceritakan situasi yang berlaku pada demonstrasi ini.) Sebuah kapal kecil telah ditawan oleh sekumpulan pengganas/lanun yang menggunakan sebuah lagi bot sebagai pengangkutan. Kumpulan ini telah menawan nelayan-nelayan kapal itu sebagai tebusan dan mereka menuntut wang tebusan. Sebuah bot peronda Pasukan Gerakan Marin dari kelas PSC Penyengat telah ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan mengadakan rundingan dengan kumpulan lanun ini. Namun begitu, rundingan gagal dan bot peronda ini berundur ke kawasan yang selamat. IGP telah mengarahkan kepada Pengarah Pasukan Gerakan Marin untuk melaksanakan satu operasi yang akan dikendalikan oleh Pasukan Gerakan Marin yang berdekatan dengan kawasan kejadian. Dengan ini, sebuah operasi khas telah dirancang dan akan dilaksanakan secepat mungkin. Dari jauh kelihatan sekumpulan bot laju yang terdiri daripada sebuah M-14 Watercat, bot peronda PSC Penyengat, bot peronda PSC Tebuan Laut, RHIB (Rigid Hull Inflatable Boat) dan dua jetski. Ketika menghampiri kapal yang ditawan, pengganas telah melepaskan tembakan yang bertalu-talu namun secara tiba-tiba sebuah helikopter Ecureuill AS 355 N dari Unit Udara PDRM muncul dengan membawa seorang penembak tepat daripada 69 Komando dan anggota yang akan melakukan fast-roping ke atas kapal tersebut (saya tak pasti anggota yang fast-roping ni dari PGM atau 69 Komando). Sedang leka melihat aksi fast-roping, tidak sedar yang kapal tersebut telah pun dinaiki oleh anggota PGM yang tiba dengan RHIB. Para pengganas yang terkejut dengan kehadiran serentak helikopter dan pasukan penggempur PGM tewas dengan pantas. Dalam kekalutan itu, terdapat seorang pengganas dapat melarikan diri dengan bot kecil mereka namun tindakan pantas anggota penggempur PGM yang menaiki jetski telah dapat mengejar dan menumpaskan pengganas lagi seorang itu. Bom asap dilepaskan sebagai tanda operasi menyelamatkan tebusan berjaya. Setelah beberapa ketika, maklumat yang dikumpul menunjukkan kumpulan pengganas ini masih lagi berleluasa dan perisikan telah dapat mengenal pasti lokasi sarang pengganas ini. Dengan ini, sebuah lagi operasi khas telah dirancang dan dilaksanakan. Dari sebelah kiri para penonton, sebuah helikopter Ecureuill AS 355 N melakukan penerbangan paras rendah atas air dan kemudiannya melepaskan 4 anggota 69 Komando menggunakan teknik helo-casting. Anggota 69 Komando ini kemudiannya berenang secara senyap ke kawasan pantai berhampiran sarang pengganas. Kemudian, mereka menunggu kehadiran satu pasukan penggempur PGM untuk melakukan operasi bersama atau 'joint operation'. Tiba-tiba sebuah M-14 Watercat muncul dan kemudiannya mendarat di kawasan pantai itu dan anggota penggempur PGM keluar dari perut bot itu. Anggota penggempur PGM ini kemudiannya melaporkan kehadiran kepada 69 Komando. Mereka sekarang telah bersedia untuk menggempur sarang pengganas (Tim ini saya labelkan sebagai Tim Alpha untuk memudahkan pembacaan). Manakala sekumpulan lagi anggota penggempur PGM (saya labelkan sebagai Tim Bravo) berada dalam kedudukan 'ambush' di mana apabila pertempuran bermula antara Tim A dengan pengganas, pengganas akan melarikan diri dan akan masuk ke dalam 'ambush' Tim Bravo. Serangan bermula dan disusuli dengan tembakan dan letupan. Seperti yang telah dirancang, pengganas yang terselamat berjaya melarikan diri namun tewas apabila memasuki kawasan 'ambush' Tim Bravo. Semua pengganas tewas dan anggota-anggota yang terlibat melakukan 'body check' untuk memastikan semua pengganas telah di'nutrealize'kan. Flare telah dilepaskan sebagai tanda semua pengganas telah tewas. Tim Alpha berundur menggunakan kaedah 'buddy buddy' dan memasang 'satchel charge' pada khemah utama pengganas. Kemudian Tim Alpha menaiki bot M-14 Watercat tadi manakala Tim BRavo berundur dan kembali ke RHIB mereka. Satu letupan menggegarkan Awana Porto Malai dan sebuah bom asap juga telah dinyalakan. Operasi menggempur sarang pengganas berjaya. Kemudian, semua anggota yang terlibat telah satu lalu lintas beserta dengan aset-aset mereka. Kapal yang ditawan oleh pengganas. Perhatikan bot kecil yang digunakan oleh pengganas sebagai pengangkutan.
Last edited by Akmal3110 on Fri Dec 11, 2009 9:17 am; edited 1 time in total | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 9:23 am | |
| Sambungan. Bot peronda PSC Penyengat. Perhatikan bot peronda PSC Tebuan Laut. Di belakangnya, RHIB dan di sebelah kanan adalah jetski yang membawa 2 orang anggota. Bot peronda PSC Tebuan Laut yang mempunyai 'camo' yang sama dengan M-14 Watercat. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 9:29 am | |
| Sambungan. Bot M-14 Watercat yang membawa anggota penggempur PGM (Suit Hitam), 69 Komando PGK (Wet Suit) dan saya rasa 3 anggota di sebelah kanan tu juga merupakan 69 Komando PGK. Anggota-anggota penggempur PGM dengan bot RHIB. Anggota-anggota penggempur PGM dengan jetski. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 9:37 am | |
| Sambungan. Sebanyak 2 buah helikopter PDRM terlibat dalam demonstrasi ini. Pegawai PDRM yang menjadi 'narrator' kepada demonstrasi ini. Demonstrasi ini tamat pada jam 1630 dan pada jam 1700 ada demonstrasi dari APMM pula tapi malang sekali saya terpaksa ke Kuah untuk mengambil kawan saya yang baru tiba. Dengan ini, tamatlah laporan LIMA 09 bagi segmen maritim daripada saya dan nantikan segmen udara pula. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 10:19 pm | |
| Bertolak dari motel pada jam 0900 dan tiba di LTAL pada jam 0930 dan disebabkan 'traffic jam' di bahagian depan LTAL jam 1000 baru dapat masuk ke kawasan 'parking'. Waktu kami sampai tu pun dah bermula pertunjukan udara sesi pagi dari jam 0900 hingga 1100. Masa kami melangkah masuk ke kawasan LTAL, Cik Su kita baru berlepas dan terus beraksi. Saya pun buat keputusan untuk masuk ke Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC). Di sini kami macam tak tahu nak buat apa sebab tak pasti boleh masuk atau tidak ke ruang pameran dalam dewan ini. Maklumlah, kali pertama datang. Selepas memerhatikan gelagat orang ramai yang mula membeli tiket di kaunter 'Trade Visitor', kami pun turut berbuat demikian. Tiket berharga RM10. Tiket ini juga digunakan untuk masuk ke pameran statik pesawat-pesawat. Dalam MIEC tu, kami tak tahu nak pusing ke mana dulu jadi kami melangkah la mengikut kata hati. Hehehe. Saya lampirkan gambar-gambar yang sempat saya 'snap'. Model MiG-29N dengan 'drag chute' telah terbuka. Objek biru pada gambar kedua tu adalah 'drag chute' yang sebenar. Syarikat East Vertex adalah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan 'drag chute' ini kepada TUDM. MiG-29N menggunakan 'drag chute' jenis Atev-29. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 10:25 pm | |
| Sambungan. Model Cik Su kita iaitu Su-30MKM dengan 'drag chute' terbuka. Besar model ni tapi saya tak pasti skala dia berapa. Cik Su kita ni menggunakan 'drag chute' jenis Atev-30. Saya tak pasti sama ada syarikat East Vertex turut membekalkan 'drag chute' kepada 11 Skuadron TUDM. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 10:31 pm | |
| Sambungan. Ini merupakan model-model yang berada di 'booth' TUDM. Su-30MKM F/A-18D MiG-29NUB Dalam banyak-banyak 'booth', TUDM la yang paling meriah sekali. Walaupun keluasan tu tak seberapa tapi berduyun-duyun jugak orang serbu. Saya dapat jugak ambil gambar dengan beberapa orang 'pilot/WSO' yang akan saya lampirkan nanti. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 10:41 pm | |
| Sambungan. Model-model di 'booth' PDRM. Nama asal bot ni IC 15M tapi saya tak pasti PDRM kelaskan dalam kelas mana. Helikopter Eurocopter Squirrel AS-355N. Ini dari 'booth' APMM. Helikopter Dauphin 2 AS365N3. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 11:00 pm | |
| Sambungan. Su-30MK MRCA dan Yak-130 LIFT. Su-30MKI/MKM/MK/MK2 dengan misil Brahmos di bawah perutnya. Misil Brahmos merupakan hasil kerjasama India dan Russia. Misil ini boleh dipasang pada pelancar darat, laut, jet pejuang dan akan diuji untuk pelancaran bawah permukaan iaitu kapal selam. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 Fri Dec 11, 2009 11:09 pm | |
| Lagi model MiG-29N. Model ni masih lagi menggunakan lambang Tedung Selar yang telah berpindah semula ke 11 Skuadron TUDM. | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| |
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 | |
| |
|
| |
| Laporan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2009 | |
|