| Bravo Lima | |
|
+23SgtKurtz kuk tomcat tiram HelangRimba Laksamana Sunan Mejarbee ikansadinmknorang joewings wufi afiq flanker sunlay MR. STARK mr. kurien mohdashraf5b Akmal3110 Reza Su-30MKM kudabesi87 totttis anaklan PuteraDarulTakzim nasiru ggk HangPC2 27 posters |
|
Author | Message |
---|
HangPC2 Sergeant First Class
Posts : 582 Join date : 16/02/2010 Age : 42 Location : Langkasuka
| Subject: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 10:34 am | |
| Bravo Lima bukan sekadar filem
Oleh Rozdan Mazalan rozdan@bharian.com.my 2010/03/15
Usaha untuk dokumentasi perjuangan anggota tentera
KALI terakhir filem yang mengangkat kisah angkatan tentera pada tahun 2000 iaitu Leftenan Adnan arahan Aziz M Osman, pahlawan Melayu yang bermati-matian mengekang kemaraan tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua.
Manakala filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin pada tahun 1981 pula memaparkan keberanian pasukan polis mempertahankan balai mereka daripada ditawan komunis ketika zaman darurat. Menyedari sudah lama tidak ada lagi filem seumpamanya dihasilkan, Karya Prima Production Sdn Bhd dengan sokongan padu daripada Kementerian Pertahanan dan Tentera Darat Malaysia menerbitkan berlatar belakang kehidupan sebenar insan yang menjadi benteng keselamatan negara berjudul Bravo Lima.
Filem itu diarahkan oleh Fauzi Nawawi. Antara barisan pelakon yang membintangi filem Bravo Lima itu nanti ialah Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan Lisdawati serta Azee Yahaya.
Memahami filem ini memerlukan stamina yang tinggi kerana bakal melakukan aksi lasak dan pantas, lima pelakon diarahkan menjalani latihan intensif sebagai mana latihan sebenar komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.
Ia sebagai langkah persediaan awal sebelum menjalani penggambaran filem ketenteraan Bravo Lima. Selepas itu, filem ini akan mula menjalani penggambaran bermula pada 10 April di Melaka, Tapah, Perak dan Mersing, Johor. Pengerusi Eksekutif, Karya Prima Production, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, penerbitan Bravo Lima bukan sekadar filem semata-mata tetapi ia juga adalah usaha untuk mendokumentasikan kisah perjuangan anggota tentera dalam menentang pengganas komunis yang jarang mendapat perhatian penerbit filem tempatan.
Tidak ramai yang menyedari pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berjuang selama ini menentang komunis semata untuk mencapai kemerdekaan negara. Penerbitan filem ini juga menjadi cabaran kepada kami untuk menunjukkan bukti latar belakang sejarah negara ke layar perak.
Sebagai langkah awal, lima pelakon utama yang memegang watak sebagai komando akan diberi latihan intensif sebagai komando untuk menguji ketahanan mental dan fizikal sebelum penggambaran sebenar berjalan.
Namun latihan yang diberikan itu bukanlah latihan yang 100 peratus seperti komando sebenar tetapi asas utama saja. Sebagai pelakon mereka mempunyai tanggungjawab untuk menggambarkan keadaan sebenar sejarah untuk mencapai kemerdekaan, katanya pada sidang media pelancaran filem Bravo Lima.
120 anggota tentera terbabit
Sementara itu, Fauzi berkata, kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China.
Ini adalah filem pertama arahan saya dan memang sangat teruja untuk membawa filem ini bertaraf antarabangsa. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.
Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya.
Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.
Kita turut mendapat khidmat nasihat dan panduan sepenuhnya daripada ATM untuk menggunakan apa saja jenis kenderaan tentera untuk merealisasikan filem ini demi mencapai setaraf Hollywood, katanya yang akan menggunakan berpuluh kenderaan tentera termasuk sebuah kereta api yang akan diletupkan.
Penulis skripnya Bravo Lima, Mejar Zainal Hayat berkata, sebelum dibawa ke lokasi untuk memulakan penggambaran, skrip ini sudah dirombak sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan. Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007.
Draf ini kemudiannya diserahkan kepada Finas untuk mendapatkan pandangan dan beberapa cadangan. Saya juga mendapatkan khidmat nasihat daripada sahabat saya dari Hollywood dan struktur penceritaannya tidak jauh daripada filem terbitan Hollywood.
Kami juga berbangga apabila penerbitan filem ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada ATM, Finas dan sebagainya bagi memperbanyakkan lagi filem berunsur kenegaraan diterbitkan, katanya.
Filem yang menelan belanja sebanyak RM4.5 juta termasuk kos promosi dan penjelajahan ke seluruh negara turut melancarkan sekali soundtrack Bravo Lima yang akan dinyanyikan oleh Hattan dan komposernya Edry Hasyim
- Berita Harian -
| |
|
| |
ggk Sergeant Major of the Army
Posts : 2053 Join date : 22/12/2009 Age : 45
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 10:45 am | |
| | |
|
| |
nasiru Master Sergeant
Posts : 690 Join date : 11/01/2010 Age : 38
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 12:50 pm | |
| - Quote :
- Selain itu elemen dramatik, percintaan, kasih sayang, komedi, pengorbanan tidak lari diselitkan di dalamnya
Harap2 tak berlebih2 dah la yang diboldkan tu... | |
|
| |
PuteraDarulTakzim Corporal
Posts : 232 Join date : 11/03/2010 Age : 44
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 1:35 pm | |
| aiseh...mcm tak confident la bila si fauzi nawawi yg arahkan genre mcm ni(melibatkan watak komando lak tu)...suruh dia refer RTM la dlm drama Harimau Rimba... | |
|
| |
anaklan Corporal
Posts : 258 Join date : 15/03/2010 Age : 34
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 3:00 pm | |
| | |
|
| |
ggk Sergeant Major of the Army
Posts : 2053 Join date : 22/12/2009 Age : 45
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 3:31 pm | |
| apa filem lain fauzi nawawi ni arahkan? | |
|
| |
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 70 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 4:40 pm | |
| untung la pelakon walaupun dapat training asas komando...teringin aku... | |
|
| |
PuteraDarulTakzim Corporal
Posts : 232 Join date : 11/03/2010 Age : 44
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 4:43 pm | |
| - ggk wrote:
- apa filem lain fauzi nawawi ni arahkan?
ada ker?rasanyer takder...drama mungkin ada.... | |
|
| |
ggk Sergeant Major of the Army
Posts : 2053 Join date : 22/12/2009 Age : 45
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 7:52 pm | |
| | |
|
| |
PuteraDarulTakzim Corporal
Posts : 232 Join date : 11/03/2010 Age : 44
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 8:25 pm | |
| - ggk wrote:
- cerita apa ek?
dia kata ni first filem arahannya...bkn nak memperlekehknnya....tapi takut gak la usaha Mejar Zainal Hayat tu tak berbaloi....siap skrip dirombak sebanyak 26 nak bagi ikut cerita sebenra...klu pengarah&pelakon xleh hasilkan yg terbaik tak tahu la nak cakap apa...bandingkan je la nanti dgn Leftenan Adnan...wlupun berbeza era... | |
|
| |
kudabesi87 Sergeant Major of the Army
Posts : 1400 Join date : 03/10/2009 Age : 38 Location : Chenorbyl
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 8:30 pm | |
| Fauzi ke?
aiyark...boleh bagi vote of no confidence ke? | |
|
| |
PuteraDarulTakzim Corporal
Posts : 232 Join date : 11/03/2010 Age : 44
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 8:38 pm | |
| - kudabesi87 wrote:
- Fauzi ke?
aiyark...boleh bagi vote of no confidence ke? yup...boleh tahan mahal ni filem...nak wat mcm hollywood katanyer...jgn standard bollywood pon tak sampai sudah ler...heuheuheue | |
|
| |
kudabesi87 Sergeant Major of the Army
Posts : 1400 Join date : 03/10/2009 Age : 38 Location : Chenorbyl
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 8:44 pm | |
| greenwood la..kui2
nak eksperimental ape citer perang..hollywood pun tak berani haha
citer action dorang pun pengarah lebih kurang jer | |
|
| |
Reza Su-30MKM Staff Sergeant
Posts : 468 Join date : 01/02/2010 Age : 48 Location : Selatan Malaysia
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 10:39 pm | |
| Penulis skrip tu tak salah aku penah gak berlakon dlm drama Insurgensi..dia pegang watak berpangkat Koperal | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 10:45 pm | |
| - HangPC2 wrote:
- Kita juga akan memaparkan pelbagai senjata tentera yang tidak pernah ditunjukkan yang sebelum ini pernah menjadi rahsia kerajaan kerana keselamatan negara. Namun kini kerajaan sudah meluluskan dan kita boleh menunjukkan senjata itu di dalam filem ini.
Senjata rahsia? | |
|
| |
kudabesi87 Sergeant Major of the Army
Posts : 1400 Join date : 03/10/2009 Age : 38 Location : Chenorbyl
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 10:52 pm | |
| senjata rahsia negara? pergi blog ggk..macam2 ada | |
|
| |
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 11:12 pm | |
| - kudabesi87 wrote:
- senjata rahsia negara?
pergi blog ggk..macam2 ada Hehehe... Yang tu bukan rahsia dah. | |
|
| |
kudabesi87 Sergeant Major of the Army
Posts : 1400 Join date : 03/10/2009 Age : 38 Location : Chenorbyl
| Subject: Re: Bravo Lima Mon Mar 15, 2010 11:49 pm | |
|
Last edited by kudabesi87 on Mon Mar 15, 2010 11:52 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : credit added to tuan blog) | |
|
| |
mohdashraf5b Civilian
Posts : 45 Join date : 16/03/2010 Age : 2023
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 17, 2010 11:28 pm | |
| tak sabar aku | |
|
| |
mr. kurien Warrant Officer
Posts : 5986 Join date : 20/12/2009 Age : 45 Location : in an office under the basement
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 17, 2010 11:58 pm | |
| harap2 jangan ada banyak sangat adegan2 cintan cintun dalam filem ni. | |
|
| |
mohdashraf5b Civilian
Posts : 45 Join date : 16/03/2010 Age : 2023
| Subject: Re: Bravo Lima Fri Mar 19, 2010 11:19 am | |
| | |
|
| |
HangPC2 Sergeant First Class
Posts : 582 Join date : 16/02/2010 Age : 42 Location : Langkasuka
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 24, 2010 11:10 am | |
| aku terasa macam ada cintan cintun.... | |
|
| |
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 24, 2010 11:23 am | |
| mana la tau bila filem ni siap nanti ..wakil2 dari forum PP dijemput untuk pra-tonton...kan best kalau mcm tu..hehe | |
|
| |
sunlay First Sergeant
Posts : 711 Join date : 22/12/2009 Age : 50 Location : jugra
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 24, 2010 11:24 am | |
| - HangPC2 wrote:
- aku terasa macam ada cintan cintun....
standard felem malaya mesti ade cintan mee..... yusuf kelana buat drama siri polis hutan sebelum ni lg bagus.... | |
|
| |
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
| Subject: Re: Bravo Lima Wed Mar 24, 2010 11:32 am | |
| - Admin@encikkacang wrote:
- mana la tau bila filem ni siap nanti ..wakil2 dari forum PP dijemput untuk pra-tonton...kan best kalau mcm tu..hehe
fuh..kalo betul memang terbaik la..jom sama2 naikkan nama forum dimata rakyat malaysia... | |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Bravo Lima | |
| |
|
| |
| Bravo Lima | |
|