Salam semua.
Ini merupakan percubaan pertama membuat aircraft. Sebelum ni tak pernah buat pun. Model kit yang dipilih ialah dari Academy, skala 1/72 jet F2H-3/4 Banshee.
Tak banyak gambar progress diambil untuk jet ini tapi kedua belah sayap telah dipotong bagi mengubah posisi sayap kepada folded position. Seluruh jet dipasang mengikut instruction dan cat asas telah disembur. Canopy dimasking menggunakan Bare Metal Foil.
Keseluruhan kapalterbang telah dicat dengan warna Gunze Navy Blue dan nosecone diwarnakan dengan Radome juga dari Gunze.
Bahagian wingfold ditambah detail dengan plastik dari pelbagai saiz dan bentuk.
Bahagian sayap yang telah dipotong.