Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: MISI MERENTAS WAKTU 1 Wed Feb 24, 2010 11:42 pm
salam 1 malaysia n salam panggilan pertiwi.
satu MISI MERENTAS WAKTU 1, akan dilaksanakan pada 14hb. Mac 2010 bagi mengimbau serta menyusuri peristiwa penting yg telah berlaku dinegara kita bermula dengan kempen Tentera Jepun menakluk Tanah Melayu hinggalah kepada Era Insurgensi melawan komunis. Misi ini dijangkakan akan bermula dari pagi 14hb Mac 2010 hinggalah ke sebelah petang tarikh yg sama.
MISI MERENTAS WAKTU 1 ini akan dimulakan dgn lawatan ke tapak perang KAMPAR GREEN RIDGE, perak dan akan diikuti dgn kunjungan ke rumah veteran perang / pahlawan negara iaitu Tn. Hj. Hasan (penerima anugerah keberanian kedua tertinggi Kerajaan British- sila rujuk buku PEMBURU BINTANG TIGA) dan juga Lt. Kol (B) Dr. Syed Othman (penulis buku2 yg kini menjadi rujukan utama bagi organisasi ATM malah juga peminat2 sejarah dikalangan orang awam).
diharapkan, kedua-dua mereka boleh meluangkan masa untuk menerima lawatan dpd anggota2 MISI MERENTAS WAKTU 1 ini pada tarikh tersebut. (sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak). masa bermulanya misi ini ialah tepat jam 9:00am di KAMPAR GREEN RIDGE BATTLE SITE, dan dijangka akan berakhir sebelum jam 19:00pm.
kepada sesiapa yang berminat, anda semua boleh lah PM atau EMAIL kepada saya atau pun admin selewat-lewatnya 10hb. Mac 2010.
Last edited by trooper_knife on Thu Feb 25, 2010 12:33 am; edited 1 time in total
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Wed Feb 24, 2010 11:50 pm
trooper_knife wrote:
salam 1 malaysia n salam panggilan pertiwi.
satu MISI MERENTAS WAKTU 1, akan dilaksanakan pada 14hb. Mac 2010 bagi mengimbau serta menyusuri peristiwa penting yg telah berlaku dinegara kita bermula dengan kempen Tentera Jepun menakluk Tanah Melayu hinggalah kepada Era Insurgensi melawan komunis. Misi ini dijangkakan akan bermula dari pagi 14hb Mac 2010 hinggalah ke sebelah petang tarikh yg sama.
MISI MERENTAS WAKTU 1 ini akan dimulakan dgn lawatan ke tapak perang KAMPAR GREEN RIDGE, perak dan akan diikuti dgn kunjungan ke rumah veteran perang / pahlawan negara iaitu Tn. Hj. Hasan (penerima anugerah keberanian kedua tertinggi Kerajaan British- sila rujuk buku PEMBURU BINTANG TIGA) dan juga Lt. Kol (B) Dr. Syed Othman (penulis buku2 yg kini menjadi rujukan utama bagi organisasi ATM malah juga peminat2 sejarah dikalangan orang awam).
diharapkan, kedua-dua mereka boleh meluangkan masa untuk menerima lawatan dpd anggota2 MISI MERENTAS WAKTU 1 ini pada tarikh tersebut. (sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak). masa bermulanya misi ini ialah tepat jam 9:00am di KAMPAR GREEN RIDGE BATTLE SITE, dan dijangka akan berakhir sebelum jam 19:00pm.
kepada sesiapa yang berminat, anda semua boleh lah PM atau EMAIL kepada saya atau pun admin selewat-lewatnya 10hb. Mac 2010.
bestnye....aku nak ikut tapi bertembung dgn paintball plak..
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 12:25 am
ini adalah buku mengenai kisah Tn. Hj. Hasan.
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 12:27 am
ini pula adalah video temuramah Lt. Kol. (B) Dr. Syed Othman.
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 12:42 am
Last edited by Admin@encikkacang on Thu Feb 25, 2010 1:00 am; edited 1 time in total
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 12:50 am
hahaha... cayalah admin. memang kena sangat dgn MISI MERENTAS WAKTU 1 ni.
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 1:02 am
keratif betul admin nih....
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 10:22 am
Bravo bravo...memang best...
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Feb 25, 2010 7:48 pm
latest update.
confirm Lt. Kol. (B) Dr. Syed akan meluangkan masa utk menerima kunjungan grup MISI MERENTAS WAKTU 1. skrg ni aku sedang berusaha utk menghubungi Tn. Hj. Hasan pula. semoga apa yg dirancangkan akan membuahkan hasilnya.
** info tambahan. pada warga2 forum yg duduk berdekatan dgn port dickson mahupun kl. anda boleh lah meluangkan masa anda pada 1 Mac ini utk menyaksikan upacara perasmian port dickson sebagai BANDAR TENTERA DARAT. dpd info yg aku dapat, ada perbarisan seperti mana ketika perasmian lumut sebangai BANDAR TENTERA LAUT. ** buat warga2 yg berkesempatan, tolong buat liputan n postingkan dalam thread laporan khas.
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Fri Feb 26, 2010 3:00 pm
tips utk mereka yg akan menyertai MISI MERENTAS WAKTU 1.
1. untuk aktiviti menjelajah kampar green ridge:- a. anda dinasihatkan memakai kasut bersama seluar panjang. b. kalau boleh bawak sekali insect repellent bagi mengelakkan serangan nyamuk n agas bagi yg berdarah manis (hohoho...) dan tak tahan nyamuk. c. kamera jgn lupa. d. air mineral.
** aku akan cuba hubungi en. singh (pengkaji green ridge) utk bantuan penerangan berkenaan tapak perang itu. kalau beliau ada kelapangan, beliau akan menyertai kita n boleh memberikan penerangan kepada anggota misi ini dgn lebih detail.
2. untuk aktiviti kunjungan kerumah veteran atm:- a. bawa buku nota utk catatkan apa2 maklumat penting. lagi baik kalau ada perakam suara. ingat, ini adalah misi merentas waktu. kita tak tahu bila lagi kesempatan ini akan datang lagi. jadi, nasihat aku, baca dulu buku2 berkaitan n senaraikan apa2 persoalan yg ingin diajukan kepada mereka. b. kamera juga penting utk merakam detik2 penting ini. c. utk makluman semua, lt. kol. (B) dr. syed telah pun bersetuju utk turunkan tandatangan pada buku2 tulisan beliau. jadi bawalah buku2 yg berkaitan (pemburu bintang 3, pahlawan atm, dll). cuma aku masih belum lagi dapat hubungi inspektor (b) Hj Hasan utk perkara diatas. d. sediakan cenderahati / hadiah sebagai tanda terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kita. (aku dah discuss dgn admin n sedang dlm proses).
semoga apa yg telah dirancangkan akan berjalan lancar dgn izin allah.
Last edited by trooper_knife on Sat Mar 06, 2010 4:59 pm; edited 1 time in total
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Sat Mar 06, 2010 4:57 pm
latest update.
berikut adalah senarai warga forum yg akan menyertai misi ini.
1. admin 2. trooper_knife 3. redknote 4. m16 5. special guest (akan diberitahu sebaik sahaja beliau confirmkan kehadiran beliau)
**kami masih lagi menantikan sebarang penyertaan dpd warga2 forum yg lain.
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Sat Mar 06, 2010 8:06 pm
afiq flanker maybe join. redknot maybe yes or not.(sbb outstation)
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Sun Mar 07, 2010 12:11 pm
latest update.
** dibawah adalah rekabentuk cenderahati yang akan dihadiahkan khas buat veteran atm / pahlawan negara semasa kunjungan dalam MISI MERENTAS WAKTU 1 nanti. ** kredit kepada M16 diatas hadiah 4 kerat pantun utk dipaparkan pada cenderahati. ** cenderahati ini berupakan sebuah pinggan yg mana terdapat kata2 penghargaan bersama serangkap pantun penghargaan. turut dimuatkan adalah logo rasmi forum panggilan pertiwi beserta alamat forum. ** semua ini telah pun mendapat persetujuan dpd saudara admin.
Kami dedikasikan tulus ikhlas penghargaan dan terima kasih buat mereka yang telah banyak menabur jasa dan bakti, demi memastikan kedaulatan dan keamanan negara terus terpelihara. Sesungguhnya,pengorbanan dan bakti mereka akan tetap kami kenang selamanya.
Biar mengalir darah kebumi Asal lenyap petualang negeri Sungguhbesar pengorbanan diberi Menjadi kebanggaan bumi pertiwi
** saiz sebenar rekabentuk ini akan bergantung kepada kesesuaian diameter pinggan itu nanti.
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Sun Mar 07, 2010 8:10 pm
Tahniah kepada semua yang terlibat. Kami bangga dengan anda.
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Sun Mar 07, 2010 10:18 pm
trooper_knife wrote:
latest update.
berikut adalah senarai warga forum yg akan menyertai misi ini.
1. admin 2. trooper_knife 3. redknote 4. m16 5. special guest (akan diberitahu sebaik sahaja beliau confirmkan kehadiran beliau) 6. afiq flanker
**kami masih lagi menantikan sebarang penyertaan dpd warga2 forum yg lain.
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 12:58 pm
Sijil mau kasi tak? aku leh buatkan...sijil penghargaan dari PP...
MR. STARK Forum Administrator
Posts : 1798 Join date : 19/12/2008 Location : Tatooine
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 1:16 pm
cuba kasi upload sample tottis..kalau sempat boleh jugak..tgk keadaan dulu..apa pun terima kasih atas komitmen
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 1:19 pm
Kena tanya admin dulu.
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 8:49 pm
latest update.
** alhamdulillah, petang tadi aku dah berjaya menghubungi Hj. Hasan utk membuat temujanji utk sessi kunjungan ke rumah beliau pada petang 14hb Mac nanti. ** good news, beliau bersedia utk menerima kunjungan dpd rombongan MISI MERENTAS WAKTU 1 ini. ** melalui suara beliau dicorong telefon, aku dapat rasakan beliau agak terkejut dan terharu apabila mengetahui bahawa beliau akan menerima kunjungan dpd civilian dan bukannya dpd pasukan keselamatan. ** buat mereka yg tidak dapat menyertai kami, tetapi ingin menghadiahkan ucapan terima kasih ataupun penghargaan kepada mereka secara peribadi, anda boleh lah terus menghantarkan nya di dlm thread ini. kami akan mencetak dan akan menyampaikan kepada mereka semasa kunjungan itu nanti. **semoga apa yg kita rancangkan ini akan berjalan dgn lancar dgn izin allah.
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 9:02 pm
alhamdulillah....minta2 apa yang kita rancangkan akan berjalan dengan lancar, insyaallah
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 08, 2010 9:19 pm
Aku akan buat sampel esok, nanti aku post sample...tq
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 09, 2010 1:21 pm
totttis wrote:
Aku akan buat sampel esok, nanti aku post sample...tq
agak2 bila boleh dapat tengok sample ni totis?
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 09, 2010 2:15 pm
secepat mungkin...sajak ni akan aku bubuh kat sijil penghargaan...
ni sampel saja, pilih la atau korang ada yang lebih baik, kasi kat aku...
PAHLAWAN - Usman Awang Jika hilangmu tanpa pusara Jika pusaramu tanpa nama Jika pusaramu tanpa bunga Mereka mengatakan kau penderhaka Engkau tetap pahlawan Sungai Pahang berubah merah Rumput tebingnya segala musnah Satu-satu pahlawan rebah Arus merahnya menjulang mayat Pahlawan bangsa pahlawan rakyat Tujuh liang dadanya tersayat.
PADA TANAH MERDEKA INI Kami kenal tanah ini selutnya pernah berbaur hanyar darah yang tumpah daripada liang derita para pejuang lumpurnya pernah tersimbah daripada batang tumbuh para pahlawan relung tanah ini pernah bergegar dek jerit pekik pejuang kemerdekaan yang mencari benih kebebasan dadanya pernah mengambus kujuran kaku anak nusa yang bangkit membina benteng bersama keris dan tombahk bersahaja menyambung nyawa – demi tanah ini tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka ini telah tumbuh rimba kemajuan dan manusia kian lupa asal diri – lalu api nasionalisme yang lantang bertiup sejak berdekad lalu kini terpaksa menunggu sepi mentari Ogos untuk bernyala kembali yang membelah relung tanah ini dahulu kini kian lenyap ditawan arus duniawi erti kemerdekaan kian kabur dalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukur kerana dengan korban suci
TANAH PEJUANG Jika diundurkan tika Kau akan lihat masa dulu kala Terlihat betapa pentingnya perjuangan Terlihat betapa besar dan agung Jasa dan keringat mereka taburkan Wang, tenaga, masa dan fikiran Hanya didambarkan untuk perjuangan Satu perjuangan yng lahir dari jiwa Satu perjuangan yang terbit dari naluri Jiwa mereka perkasa Jiwa mereka murni suci Setiap langkah hanya untuk anak bangsa Untuk lihat lahirnya negara bangsa Perjuangan mesti diteruskan Hanya itu jalan penyelesaian Langkah kaki mesti dipercepat Kerana itu cara perjuangan Kelompok pimpinan diperkuat Hati masyarakat semua ditambat Perjuangan ini murni Perjuangan ini suci Hanya ingin satu kebebasan
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 09, 2010 2:18 pm
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 09, 2010 2:22 pm