Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 15, 2010 9:37 pm
** terima kasih diucapkan kepada semua warga yg terlibat didalam misi ini. walaupun ia adalah misi rasmi yg pertama utk forum ini, sambutan + kerjasama dan komitmen yg tinggi yg telah ditunjukkan oleh mereka semua amat mengharukan aku n admin. ** ada warga yg terpaksa menghantar isteri ke n9 semata-mata utk menyertai misi ini. then selepas selesai aktiviti di perak, beliau terpaksa bergegas kembali ke n9. (nama terpaksa dirahsiakan). gua respect sama lu!! ** aktiviti misi ini terbahagi kepada 3 slot iaitu lawatan ke green ridge, lawatan ke rumah hj. hassan dan akhir sekali lawatan ke rumah dr. syed. ** laporan terperinci akan disiapkan dalam sedikit masa lagi. ** sebagai memberikan kelainan didlm thread laporan khas ini, aku n admin akan memberi peluang kpd warga2 forum yg telah menyertai misi ini utk membuat posting mereka dpd pengalaman dan kaca mata mereka sendiri sebagai menghargai dan memberi peluang kepada bakat2 terpendam mereka. ** sama2 lah kita menghayati apakah perasaan mereka semasa dan selepas melaksanakan misi ini.
p/s. tidak lupa juga ucapan terima kasih kpd semua warga yg telah memberikan sokongan moral kpd misi ini. one for all and all for one...
leyha Master Sergeant
Posts : 603 Join date : 20/01/2010 Age : 35 Location : cheras, KL
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 15, 2010 10:12 pm
ok...x sabar nak menunggunya...
syark the ghost Sergeant Major of the Army
Posts : 3678 Join date : 29/12/2009 Age : 39 Location : Shah Alam
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 12:22 am
Knife, pada pandangan aku..aku rase berbaloi dapat menyertai misi nie..terima kasih sbb bagi aku sbb untuk start minat baca buku...dah 2 kali ko pengaruhi aku hehehehe...anyway mmg best sertai misi ini..berbaloi sungguh rasenya..aku rase best giler dapat jmp shahpaskal...bukan sng nak jmp dia..dpat gak sain dia..berjaya...aku dah 10 tahun x daki bukit dapat gak daki masa kat Green ridge.pecah peluh aku heheh..rase nak nangis doh knife..Tq knife..
next mission nanti buat lawatan g rumah veteran perang lagi..klu boleh yang kudung @ OKU mcm Dr.Syed..aku nak dengar kisah diorang lagi...
Knife Tq...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 12:52 am
Salute! and proud to each of you....
CikguDale Corporal
Posts : 251 Join date : 27/02/2010 Age : 47 Location : Pedalaman 1
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 12:57 am
Tahniah atas kejayaan misi, sekadar cadangan, apa kata salah seorang daripada yang pergi ut, cuba kumpulkan maklumat yang penting kemudian karangkan satu artikel dan hantarkan kepada majalah perajurit (sebagai contoh). pertama dari segi impaknya adalah dapat memperkenalkan forum ini dan yang kedua sebagai satu catatan yang dapat dikongsi bersama pembaca lain yang berada di luar forum. pada pandangan saya, Majalah Perajurit tiada masalah untuk siarkannya. atau jika ada contact dengan mana-mana surat khabar (saya dulu suka guna Sinar Harian sebagai platform utk tulis berita, tapi nama saya tak boleh keluar sebab polisi Sinar tidak mengambil stringer) macam metro ka, cuba tanya kalau ada ruangan utk siarkan artikel yang berkaitan dan kalau tak salah saya, Mingguan wanita (jangan sangka mingguan wanita ni utk wanita je...tapi kalau dapat babitkan wanita contoh si Leyha tu ka masa aktiviti memang elok sangat) pun ada ruangan yang sesuai..kalau tak salah tajuknya mengenai kehidupan..tak salah kalau nak cuba utk menyiarkan aktiviti di sana...
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 3:29 am
** comrade syark, terima kasih diatas maklum balas anda. mungkin anda boleh ceritakan lebih detail lagi agar pengalaman dan detik yg berharga itu dapat dikongsikan bersama dgn warga2 forum yg lain disini. ** comrade von terima kasih diatas sokongan. ** comrade cikguDale, terima kasih diatas ucapan tahniah n cadangan anda itu. satu idea yg amat baik yg boleh dipertimbangkan oleh pihak moderator. ** sebagai tambahan kepada thread ini, sama2 lah kita hayati klip video pendek ini yg memaparkan detik2 kejadian peristiwa hitam yg telah menimpa Lt. Kol. (b) Dr. Hj. Syed Othman. yg telah mengubah nasib hidup beliau selama-lamanya. ** marilah kita mengambil iktibar dan insaf akan jasa dan pengorbanan anggota keselamatan yg telah berjuang demi utk mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara kita. ** tanpa mereka, kita tidak akan dapat berdiri disini sambil menikmati nikmat kehidupan dan kemakmuran yg selesa dibumi yg bertuah ini. semua ini terpaksa dibayar dgn limpahan darah dan airmata.
Last edited by trooper_knife on Tue Mar 16, 2010 4:26 am; edited 2 times in total
Anakpencen Staff Sergeant
Posts : 411 Join date : 31/12/2009 Age : 44
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 4:18 am
TAHNIAH buat warga2 PP yang telah menjayakan Misi Diatas... Semoga pengalaman Anda semua boleh dikongsi bersama
Adakah Bro Syark yang terpaksa menghantar isteri ke seremban
syark the ghost Sergeant Major of the Army
Posts : 3678 Join date : 29/12/2009 Age : 39 Location : Shah Alam
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 8:57 am
Anakpencen wrote:
TAHNIAH buat warga2 PP yang telah menjayakan Misi Diatas... Semoga pengalaman Anda semua boleh dikongsi bersama
Adakah Bro Syark yang terpaksa menghantar isteri ke seremban
hehehe anakpencen, yang pasti tue bukan saye...saye x kawin lagi bertunang pun blum heheh
totttis Sergeant Major of the Army
Posts : 2393 Join date : 17/12/2009 Age : 69 Location : Lepak-Lepak Bersama Sang Saka Biru iaitu Encik Kucing
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 9:49 am
Tahniah pada semua yang menyertai MMW1, aku berharap setiap pengalaman yang diambil tu cerita lah kat sini, ramai yang nak mendengar nya...
m16 Civilian
Posts : 24 Join date : 08/02/2010 Age : 43
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 5:05 pm
syukur dan tahniah kepada mereka yg terlibat dlm MMW1. hasil misi ini pada aku amat memberi impak yg besar dari segi moral dan motivasi diri setelah ianya selesai. ucapan terima kasih kepada general trooper knife yg telah bertungkus lumus menjayakan misi ini.
setinggi penghargaan kepada pejuang negara. aku tetap akan terus berterima kasih kepada mereka dengan menanamkan semangat cintakan tanahair kita ni. dalam perjalanan balik aritu, aku rase terkilan sikit sebab aku tak sempat tanye Lt co (B) Dr Syed tentang beberapa soalan yg melibatkan kaum dan generasi muda kini. tak pe, lain kali pujuk ati aku.
green ridge, kubu yg patut di lindungi. harap warga forum dapat sama2 beri pendapat untuk tindakkan yg patut diambil dalam usaha melindungi green ridge.
buktikan yg kita mampu melakukan sesuatu untuk negara.
orangmuda Specialist
Posts : 173 Join date : 06/01/2010 Age : 47
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Tue Mar 16, 2010 7:09 pm
ate teman pun macam dame rase sesgt bangge ate biler dengor citer kome yek.. tapi teman rase biler le dpat teman negok gambau tuuuu.... heee
Anakpencen Staff Sergeant
Posts : 411 Join date : 31/12/2009 Age : 44
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Wed Mar 17, 2010 1:07 am
Aku Tujukan Lagu ni Buat Mereka2 Yang DiTemu Ramah.. TakAda Yang Lama Maka TakAda Yang Baru Jasa Encik2 Semua Amat Dihargai
Laksamana Sunan General
Posts : 2044 Join date : 13/09/2009 Age : 50 Location : Ipoh, Perak.
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Mar 18, 2010 10:28 am
klip video ini dibuat khas sempena kejayaan misi merentas waktu 1. terima kasih kepada semua yg terlibat dan juga yg telah memberikan sokongan kepada misi ini. InsyaAllah, kita akan meneruskan lagi aktiviti2 sebegini dimasa hadapan. semoga kita akan terus menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
Last edited by trooper_knife on Thu Mar 18, 2010 10:43 am; edited 1 time in total
ggk Sergeant Major of the Army
Posts : 2053 Join date : 22/12/2009 Age : 45
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Mar 18, 2010 10:42 am
tahniah.. buat lagi trip mcm ni
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Mar 18, 2010 10:43 am
Tahniah buat semua yang terlibat. Bro Knife, nice video.
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Thu Mar 18, 2010 11:33 am
Akmal3110 wrote:
Tahniah buat semua yang terlibat. Bro Knife, nice video.
nice video...i like it..hehehehe
sunlay First Sergeant
Posts : 711 Join date : 22/12/2009 Age : 50 Location : jugra
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Fri Mar 19, 2010 2:55 pm
tahniah buat teman-teman yg menjayakan misi ni....
shahpaskal Civilian
Posts : 3 Join date : 21/03/2010 Age : 41
Subject: misi merentas waktu Sun Mar 21, 2010 5:53 am
Terima kasih pada anda semua yang menjemput saya join misi ini...dan terima kasih juga kepada pembaca saya yang juga ahli forumer..
Sebenarnya best gila dapat join misi ini, at least banyak kita boleh plan lepas ini. Tahniah kepada moderator en kacang dan Knife kerana bukan sahaja menjadi forum ini sebgai tempat bertukar minda tetapi langsung mengerakkan forum dari alam maya ke alam realiti.BRAVO
Anakpencen Staff Sergeant
Posts : 411 Join date : 31/12/2009 Age : 44
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Sun Mar 21, 2010 6:20 am
Selamat datang bro.shahpaskal
m16 Civilian
Posts : 24 Join date : 08/02/2010 Age : 43
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Sun Mar 21, 2010 11:09 am
selamat datang shahpaskal, aku harap lepas ni kita boleh plan lagi untuk misi merentas waktu no.2. aku nak bagi cadangan ke tempat al-maunah kena tangkap. he. macam best aku dengar cerita la.
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 22, 2010 12:25 pm
LAPORAN KHAS " MISI MERENTAS WAKTU 1"
Alhamdulillah syukur kerana misi " merentas waktu 1 " ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. sambutan ahli forum terhadap misi ini juga diluar dugaan. butir butir terperinci mengenai misi..
Nama: Misi Merentas Waktu 1 Tempat : Perak - kampar ( Green Ridge ) - Sungai Siput Utara Tarikh : 14 / 03 / 2010 Kekuatan Anggota :
jam 1100 = bertolak dari Kuala Lumpur / Bangi / Negeri Sembilan ( admin, redknot, afiq flanker, syark, shahpaskal, M16 ) jam 1500 = sampai di check point di ipoh ( hotel Paragon ) jam 2000 = lepak rumah Trooper Knife ( terbakar sampai rentung tengok koleksi die...huhuhu )
14/03/2010 jam 0830 = bertolak dari hotel ke check point ( Tesco Kampar ) untuk menunggu Cekal Berjuang dan M16 jam 0930 = bergerak ke objektif pertama ( Kampar Green Ridge ) jam 0950 = mula memasuki kawasan objektif. Jam 1200 = keluar dari kawasan objektif.
Kampar Green Ridge adalah merupakan satu kawasan pertempuran diantara tentera British dan tentera Jepun. Pertempuran ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 30hb Disember 1941 hinggalah pada 2hb januari 1942. Pertempuran ini melibatkan 3000 orang tentera British dan lebih 6000 orang tentera Jepun. Walaupun mempunyai jumlah anggota yang kecil, tentera tentera British dapat mempertahankan kubu tersebut. Kami semua amat bertuah kerana pada pagi itu, kami ditemani oleh Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong ) cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah. kami dibawa oleh Peter Chye melawat ke tempat tempat yang telah dibersihkan , hanya sebahagian tempat sahaja yang telah dibersihkan. antara tempat tempat yang kami dibawa untuk dilawati ialah main bunker, main communication line, back communication line, trenches, machine gun nest, fox hole, dan lubang misteri ( tak tau kegunaan sebenar lubang tersebut, ianya amat dalam, berdiameter 3 kaki dan berkedalaman hampir 5 meter atau lebih ). bunker bunker ini dibuat dengan menggunakan bag bag pasir. main communication line pula digunakan untuk berhubung antara pertahanan hadapan ke main bunker. Main bunker pula digunakan sebagai command post dan juga tempat untuk merawat anggota tentera British yang tercedera. Back communication line juga berfungsi sama dengan main communication line.
Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan kerana back communication line telah dipotong oleh pihak pihak yang tidak berhati perut dan buta sejarah. Mereka lebih mementingkan wang ringgit melebihi segala galanya. Mereka merupakan golongan yang jahil kepada nilai sejarah yang terdapat ditempat tersebut. Selain itu usaha usaha untuk memelihara kawasan tersebut juga dipandang sepi oleh semua pihak. Kawasan tersebut kini dijaga oleh beberapa orang veteran perang yang mengambil inisiatif sendiri untuk memelihara kawasan tersebut. Tidak ada sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk mewartakan kawasan tersebut. Selain itu terdapat beberapa individu yang berkenaan hanya menabur janji untuk memelihara kawasan tersebut. Tetapi janji tersebut hanya tinggal janji. Diharapkan kawasan tersebut dapat dipelihara agar nilai nilai sejarah dikawasan tersebut tidak terkubur.
Jam 1400 = bertolak ke objektif kedua ( rumah Inspektor Hassan B shahabuddin ) Jam 1630 = keluar dari kawasan objektif
Lawatan seterusnya diteruskan lagi ke rumah Tn Inspektor Hassan B Shahabuddin. Beliau merupakan seorang anggota polis semasa era insurgensi. Memulakan perkhidmatan pada 1948. Merupakan anak jati perak. Kisah perjuangan beliau dalam menentang komunis pernah dicatatkan didalam buku tulisan Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar. Buku tersebut bertajuk “PEMBURU BINTANG TIGA”. Beliau telah dianugerahkan “George Medal” oleh Queen Elizabeth. Pingat keberanian tersebut merupakan pingat keberanian kedua tertinggi kerajaan British. Beliau pernah menulis surat bagi meminta elaun bagi penerima pingat kepada Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun beliau hampa kerana elaun hanya diberikan kepada penerima pingat yang dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong Sahaja.
Jam 1700 = bertolak ke objektif kedua ( Rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar. Jam 2000 = bertolak balik ke Kuala Lumpur/ Negeri Sembilan
Seperti semua sedia maklum, Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar adalah merupakan seorang penulis kepada beberapa buah buku ketenteraan. Antaranya 19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA, PEMBURU BINTANG TIGA dan beberapa buah buku lagi. Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Karai, Enggor, Perak. Memulakan kerjaya tentera pada 1972 di Rejimen Semboyan Malaysia dan ditauliahkan sebagai pegawai muda ke battalion Ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja pada disember 1977. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Habibah Nordin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sains dalam dua bidang iaitu Komunikasi Massa serta Politik Dan Hal Ehwal Awam dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. Detik detik hitam dalam hidupnya bermula pada 4 ogos 1979. Beliau bersama 2 orang anggotanya telah terkena jerangkap samar dalam operasi memerangi komunis di kawasan Ban Tong Yan di selatan Thailand. Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah kehilangan deria penglihatan buat selama lamanya. Manakala kaki Prebet Tahir terpaksa dipotong dari paras lutut. Prebet Mansor yang cedera keseluruhan badan Berjaya diselamatkan. Walaubagaimanapun ketiga tiga mereka kini terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan kurang upaya. Lebih menyayat hati, kejadian berlaku selepas 27 hari beliau melangsungkan perkahwinan. Walaupun beliau kehilangan penglihatan buat selama lamanya, tetapi beliau mengangap semua itu adalah ketentuan Allah SWT. Beliau menerima kejadian itu dengan redha.
Selain itu, beliau juga turut berkongsi cerita mengenai proses proses melancarkan buku “19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA”. Beliau menceritakan bagaimana pihak atasan beberapa kali mensabotaj beliau daripada melancarkan buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak mahu perkara sebenar diketahui umum. Pihak atasan beberapa kali berjanji untuk menolong beliau bagi melancarkan buku tersebut. Walaubagaimanapun janji hanya tinggal janji. Adakalanya, pihak atasan mengarahkan poster poster pelancaran diturunkan atas sebab sebab yang tidak diketahui. Akhirnya , buku ini Berjaya juga dilancarkan setelah beliau pergi sendiri ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan mengenai majlis pelancaran buku beliau tersebut. Beliau secara kebetulan terserempak dengan individu yang berkenaan.
Beliau bertanya mengenai perkara tersebut tetapi hampa kerana program pelancaran tersebut tiada dalam jadual . Akan tetapi, beliau kembali bersemangat untuk melancarkan buku tersebut setelah individu berkenaan berjanji untuk membawa perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebulan selepas itu, beliau dihubungi oleh individu berkenaan tersebut yang mengatakan pihak tersebut bersetuju untuk melancarkan buku tersebut . Beliau turut menyuarakan rasa terkilan beliau kerana sehingga ke hari ini, beliau masih belum menerima sebarang penghargaan daripada kerajaan atas usahanya menulis beberapa buah buku yang menceritakan tentang penglibatan dan kepahlawanan pasukan pasukan keselamatan Negara dalam memerangi komunis semasa era insurgensi. Beliau turut meluahkan perasaan kecewanya kerana anak anak muda sekarang sudah mula melupakan pengorbanan anggota anggota pasukan keselamatan dalam menuntut kemerdekaan.
Pada pandangan saya misi ini berjaya mencapai objektif seperti yang dikehendaki. Terima kasih kepada Trooper Knife dan Admin yang berjaya merialisasikan “MISI MERENTAS WAKTU” ini. Diharap misi misi seperti ini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang. Bagi aku misi ini amat amat amat menyedarkan aku betapa peritnya pejuang pejuang Negara dalam menuntut kemerdekaan Negara ini. Aku sebak bila mendengar kisah yang diceritakan oleh veteran veteran perang tersebut. Kisah kisah yang beliau ceritakan telah menaikkan semangat aku untuk mempertahankan Negara ini walau dengan apa cara sekalipun. Aku juga sedih bila mengenangkan anak anak muda sekarang nie yang sudah melupakan jasa jasa dan pengorbanan para anggota keselamatan dalam mempertahankan Negara yang kita cintai ini. Tanpa mereka, kita semua tidak akan mengecapi keamanan yang ada pada hari ini. Kita semua telah berhutang budi, darah dan nyawa dengan pejuang pejuang Negara. Sekarang telah tiba masanya kita membayar balik segala hutang tersebut walaupun bukan dengan cara berperang. Ayuh rakan rakanku, kita sama sama menyedarkan anak anak bangsa kita yang saban hari mulai hanyut supaya kembali menghargai harga sebuah kemerdekaan. Aku tidak sanggup lagi melihat agama bangsa dan Negara ini sekali lagi dijajah. Aku tidak rela perkara itu terjadi, tidak sama sekali. ( huhuhu…ditulis dalam keadaan beremosi sikit )
# ps/ sila tambah / betulkan mana mana yang salah
Last edited by afiq flanker on Mon Mar 22, 2010 12:42 pm; edited 1 time in total
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 22, 2010 12:37 pm
GAMBAR GAMBAR MISI
team panggilan pertiwi.. hensem2 semuanya..
dihadapan papan tanda Green Ridge di kampar
berada di hadapan tugu peringatan yang baru ingin dibina..berbaju putih adalah peter chye
lakonan semula suasana didalam machine gun nest
main bunker..digunakan untuk merawat anggota yang cedera, juga digunakan sebagai command post.
main communication line..
trenches
lubang misteri...kegunaan lubang ini tidak diketahui
forumer panggilan pertiwi di dalam main bunker
rehat kejap...bonne appetit
ggk Sergeant Major of the Army
Posts : 2053 Join date : 22/12/2009 Age : 45
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 22, 2010 12:47 pm
best best best... detail!
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 22, 2010 12:53 pm
sambungan gambar..
perwira yang xdidendang...inspektor Hassan b Shahabuddin. beliau sedang menceritakan keadaan semasa beliau bertugas satu ketika dahulu.
medal yang beliau perolehi
majlis penyampaian cenderahati kepada Tn Inspektor Hassan b Shahabuddin oleh Trooper knife.
bergambar kenangan...
Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar menceritakan detik detik yang menyebabkan beliau kehilangan deria penglihatan
bergambar bersama pejuang bangsa dihadapan tugu dihadapan rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar. tugu itu dibina dan diletakkan nama penerima pingat keberanian
menyusun langkah ke Green Ridge..inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang...
majlis penyampaian hadiah kepada redknot...
Trooper Knife sedang merentungkan geng geng forum...
antara koleksi Trooper Knife...
afiq flanker Sergeant Major of the Army
Posts : 3371 Join date : 09/11/2009 Age : 36 Location : atas udara
Subject: Re: Laporan Khas MISI MERENTAS WAKTU 1 Mon Mar 22, 2010 12:57 pm
alhamdulillah syukur, akhirnya dapat juga dipostkan laporan MISI MERENTAS WAKTU setelah seminggu tertangguh. kepada rakan rakan, maaf banyak banyak ye....yang baik datang dari Allah, dan kekurangan tu datang dari diri aku sendiri...tq