Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Tue Jun 08, 2010 12:18 am
Patton Filem keluaran 1970 dibintangi oleh George C.Scott, Karl Malden dan banyak lagi. Laterbelakang Perang dunia Kedua bermula dari Afrika Utara sampailaa ke Berlin. Dua2 aktor tu mmg briliant dlm filem ni..
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Tue Jun 08, 2010 12:32 am
Doctor Zhivago Filem 1965. Pelakon utama Omar Sharif (Lawrence of Arabia). Latarbelakang WWI, Bolsheviks dan Russian Civil War. Omar jadi Dr Yuri Zhivago dan disebalik kisah peperangan dalaman Soviet ni, dia sudah syok sama sicantek manis Lara...lepas tu adalah dugaan2 akibat perang, ideology dan macam2 lagi...Omar Sharif jadi famous lepas berlakon dua filem ni..LoA dan Dr.Z ni....
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Tue Jun 08, 2010 12:43 am
The Godfather Filem 1972...kesemuanya ada 3 filem..tapi yg best sekali tentulah yg 1st punya. Marlon Brando sebagai Don Corleone dan Al Pacino sebagi anak bongsu Micheal. Kisah kehidupan Mafia di USA. Dlm filem tu Don Corleone jadi bos besar mafia2 kaw.sekitar. Pastu ada yg challenge Don ni dan Don bertindak, pastu mafia lain pun bertindak..jadi gadoh la...Don hantar Micheal pegi Italy dan Micheal pun kahwin kat sana..Rupanya mafia lain sudah buru micheal ni dan ...... hang tgk sendiri laaa baru syok...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Tue Jun 08, 2010 1:09 am
Zulu Dawn Filem keluaran 1979. Sebelum tu kalo tak silap ada satu lagi filem bertajuk Zulu pada 1960an. yg 60an tu buatan British dibintangi oleh Richard Burton dan Micheal Caine. best jugak tgk tapi Zulu Dawb lagi dasyat...nampak main skala besar..Ceritanya masih sama iaitu pertempuran antara Brtitish Army lwn puak Zulu di KwaZulu Natal..skang ni Afrika Selatan dan yg bestnya..British kalah teruk.....Filem 1979 ni dibintangi Susan Lankaster...????? bukanlaa...Burt lancaster dan Peter O Toole. Paling suka tgk uniform british warna merah tu dan topi beca tu..Org zulu pun best gak uniform dia.. advance wooo...pakai cawat, pakai bulu2 kat keting dan perisai kulit serta lembing dan sikit2 rifle... Nam pertempuran tu ialah Battle of Isandlwana.
Last edited by von on Sun Jun 13, 2010 7:54 am; edited 1 time in total
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Thu Jun 10, 2010 2:57 am
Superman - Can you read my mind love theme song Yg biasa kita dgr ialah lagu rancak superman tu. Yg ini rasanya jarang org sekarang dgr liriknya walaupun mmg ada keluar dlm setiap versi superman bila ada adegan romantis Mr.S ni dgn Lois Lane. Video kat atas tu sedutan dari berbagai versi trnasuk tv series pada 1995/96 (heroinnya adalah yg terlawa sekali sebagi Lois Lane) bagi aku le...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Jun 12, 2010 2:27 am
A Bridge too Far Filem keluaran 1977 - The best war film ever...bg aku le...Filem budget besar dan berskala besar. Ada Jerman, American, British, Polish, Dutch dan lagi ada ketumbukan armour dan air force yg besar dlm filem ni....Ops Market Garden ni para historian panggil war from the sky sebab berpuluh ribu British, American dan Polish paratroops drop di beberapa tempat di Belanda ni. tapi realirinya, operasi ni gagal. Gabungan para perlakon terkenal American, British dan Jerman seperti Anthony Hopkins - Silent of the lamb Sean Connery - James Bond James Caan - The Godfather Ryan O'Neal - Love Story, Peyton Place Hardy Kruger - The Iron Cross Maximillian SChell - The Iron Cross MIcheal Caine - Zulu Dan ramai lagi
Last edited by von on Sat Jun 12, 2010 2:49 am; edited 1 time in total
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Jun 12, 2010 2:49 am
Love Story Filem 1970 - Apa lagi..filem cinta le...dah tajuk dia terang2 tu. Tapi aku tgk le jugak.. ok gak le. Pelakon Ryan O'Neal (teman lelaki Farrah Fawcett)(Faraah Fawcett ni pulak bekas isteri Lee Majors tu)(Lee Majors ni pulak yg main jadi Steve Austin dlm Six milllion dollar man tu) ....dan herion dia ialah Ali Mc Graw...perempuan ni..omputih pronounce ELI... Kisah utk tahun 70 kira ok le..antara dua darjat..tp kalo skang buat cite camni..basi dah!! laki2 tu anak org kaya kawan dgn girl tu org kbanyakkan. Bapak lelaki tu tak suka, tp lelaki ni kawin jugak, so bapak dia kata "Get the hell out of here"..so jadilah dia mcm siJamal dgn siZura tu dlm filem Azura tu. last2 bini dia kena cancer, so dia bilang sama bapaknya, bapaknya memula eksyen last2 script suruh dia belas kasihan..bapak dia bantu laa...ending dia, silelaki ni peluk isteri dia kat katil hospital tunggu masa je isteri dia menghembuskan nafas terakhir... aku yg gah perkasa ni pun tertouching jugak dibuatnya....tp yg pasti lagu soundtrack ni begitu masyhur sekali masa tu lebih2 lagi Andy William yg nyanyikan lagu tu...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 1:38 am
Papillon Filem tahun 1973 ni - Dibintangi oleh Steve Mc Queen sebagai papillon dan Juga Dustin Hoffman. Kisah 2 orng dipenjarakan ke sebuah pulau di French Guyana (amerika tgh)...yg dinamakan Devils Island. Bermacam2 cara mereka berdua nak larikan diri dari pulau tu dan mcm2 adventure ada...dgr certa kisah Papillon ni adalah kisah benar dari autobiography Henri Charriere, salah seorang dari beberapa kerat saja yg berjaya melarikan diri dari pulau setan tu....1st sekali aku tgk masa tayangan larut malam kat rtm 1 hujung 70an...mmg best cite ni...
gunnerz PERKHIDMATAN AM
Posts : 867 Join date : 29/03/2010 Age : 43
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 1:43 am
teruskan von...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 8:27 pm
Mamma Mia Filem baru lagi ni 2008 - Ini adalah filem musikal tapi pelakon2 ngetop2. james bond kita iaitu Pierce Brosnan pun ada..lagi Meryl Streep dan Amanda Seyfried. Sapa peminat ABBA espcially yg otai2 tu...ini adalah filemnya...Tajuk filem ni pun diambik dari tajuk lagu kumpulan ABBA gak. Boleh dikatakn kesemua lagu2 top ABBA dimainkan semula dlm bentuk baru dlm filem ni. Plot filem ni diambik dari pementasan theatre Mamma MIa yg dah pun popular di Eropah. Plot filem ni tolak tepi lah sebab tak bermorallah.. dgr lagu pun dah cukup bagi aku......lagu kat atas tu dinyanyikan oleh Meryl Streep dan Amanda Seyfried. Filem ni pecah panggung...budget lebihkurang USD50 juta, untung kasar dah dpt USD600 juta...
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 8:42 pm
Mamma mia, here I go again My, my, how can i resist u.
Hehehe... Dulu ada download diskografi Abba dari album mula sampai last. Ada 8 album kot. Sayang hard disk jahanam. Huhuhu...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 8:56 pm
Akmal3110 wrote:
Mamma mia, here I go again My, my, how can i resist u.
Hehehe... Dulu ada download diskografi Abba dari album mula sampai last. Ada 8 album kot. Sayang hard disk jahanam. Huhuhu...
Aduyai....sayng tuu...tp apedehal...you tube ada...picit keypad je keluar...hehehe Super trooper? Take a chance? Chiquitita? Fernando? bla bla bla.....bagi bakar sket
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Jun 13, 2010 9:29 pm
von wrote:
Akmal3110 wrote:
Mamma mia, here I go again My, my, how can i resist u.
Hehehe... Dulu ada download diskografi Abba dari album mula sampai last. Ada 8 album kot. Sayang hard disk jahanam. Huhuhu...
Aduyai....sayng tuu...tp apedehal...you tube ada...picit keypad je keluar...hehehe Super trooper? Take a chance? Chiquitita? Fernando? bla bla bla.....bagi bakar sket
Hehehe... Betol3.
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Thu Jun 17, 2010 6:37 pm
Schindler's List Filem tahun 1993 - Filem yg mrnjadi kontroversi kat Malaysia dulu. Ada yg suruh haramkan tayangan dan ada yg suruh on aje...last2 tak jadi tayang kat sini, tapi vcd berlambak2..apara!!! Apasal kecoh? Sebab cerita ni ada kena mengena dgn Yahudi, tapi kisah org yahudi kat eropah semasa WWII. Kisah sorang ahli perniagaan Jerman yg bernama Schindler ni bagai nak rak jaga pekerja2 hamba yahudinya. Selain dia jaga, dia jugak berusaha sedaya upaya menyelamat kan pekerja yahudinya dari dibunuh Nazi dgn merasuah pegawai2 tinggi jerman yg monitor yahudi terutama semasa the final solution (pembersihan yahudi). Ramai pekerja yahudinya syyang kat Schindler ni dan sampai sekarang anak cucu pekerja2 yahudi ini sering menziarah kubur Schindler ni kat Argentina (Dia melarikan diri bersama isterinya ke Argentina dan mati di sana). Macam2 pendapat orangramai mengenai filem ini, Ada yg kata propaganda, ada yg kata ok, ada yg kata ko dan mcm2 lagi... Yg pasti tgk sendiri dan judge sendirilah. Pelakon terdiiri dari Liam Neeson, Ben Kingsley dan Ralph Fiennes.
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Thu Jun 24, 2010 12:32 pm
Battle of Britain Filem tahun 1969 - Lagu ni ambik dari lagu Luftwaffe, cerita ni bagi aku amat puas tonton Kisah yg dah kita bincang dulu...serangan blitzkrieg Jerman ke atas bandar2 Britain. peralatan yg dugunakan amat mengkagumkan..masih menggunakan pesawat2 yg real semasa WWII dulu, baik Jerman maupun British. memnag puas tgk pesawat2 vintage ni beraksi semula. Filem ni adalah filem British dan pelakon2nya terdiri dari star2 British dan Jerman. Micheal Caine (Zulu), Robert Shaw (jaws), Christopher Plummer (Sound of Music) dan lain2 lagi. Uniform...mmg excellant....kesemua pesawat pengebom Heinkel He 111 tu depa pinjam dari tentera udara sepanyol utk penggambaran filem ni...
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Thu Jun 24, 2010 1:12 pm
Filem ni pon hilang dah dalam PC kawan. Huhuhu...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Fri Jun 25, 2010 12:02 pm
Akmal3110 wrote:
Filem ni pon hilang dah dalam PC kawan. Huhuhu...
Download je balik mal...sayang woo...filem epik ni....
Akmal3110 Sergeant Major of the Army
Posts : 3101 Join date : 25/11/2009 Age : 35 Location : Bravo, Tango and Bravo, Kilo
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Fri Jun 25, 2010 12:10 pm
Tunggu nak beli hard disk baru pastu download habis2an semua yang dah hilang. Hehehe...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Mon Jul 05, 2010 12:42 pm
Grease Filem hollywood keluaran 1978. Filem musical tapii takde musical melampau, Ada jalan cerita yg menarik. Masa tgk dulu pun time remaja pada 1980 kat KL. John Travolta sama heroin dia Olivia newton John (penyanyi Australia..lepas film ni meletop-letop Olivia ni). masa tu kalo boleh semua nak gilpren macam Olivia ni...perasan2 Kisah budak high school awal 60an. Mesti ada geng punya dan si John T ni adalah ketua ala2 samseng bodoh kat sekolah tu..pastu terpikat pulak budak baik dari Ostolia ni(Olivia). Dari ketua samseng terus jadi mat bunga...kerektor John T masa ni yg best..mana nak jaga macho, mana nak jaga mat bunga....last2 karektor bertembung... Aksi lumba kereta jalanan dulu2 (kereta era 50an dan awal 60an..klasik beb) dan satu lagi.. yg terbest sekali ialah lagu2 dia seperti Sandy, Grease lightning dan baaaaayak lagi.. Pakain dia pun unik...samseng dgn jaket dan seluar jeans atau slim fit, budak biasa baik pulak pakai pakai kemeja kotak2 dan seluar ala2 jeans dan berlipat kat bawah kaki dan girls pulak pakai skirts lepas lutut dan kasut sneakers dan stokin...klepas tu makan lollypop schwing gum sambik buat belon...POP!!!Saya mesti pilih......simpanlah di Bank Rakyat.
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Jul 31, 2010 12:16 am
North and South Mini series berlatarbelakangkan American Civil War. Siri keluaran tahun 1985, kira sama dgn MacGyver, Airwolf laa ni...Siri ni part by part sampai lass tamat Civii War...memang best pada yg minat perang dulu2 dan sejarah. Patrick Swayze dan David Carradine antara pelakun terkenal yg main dlm siri ni..Dua2 dah mati dah pada awal tahun ni. Siri ni panjang so agak detail penceritaannya. Kisah org selatan yg terpaksa ubah sistem mereka yg menggunakan abdi dan org putih yg pro kulit hitam.
SgtKurtz Sergeant Major of the Army
Posts : 2394 Join date : 05/05/2010 Age : 43
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Aug 14, 2010 4:25 pm
menariklah von.....tunjuklah lagi....namun lagu era Perang Vietnam dan WW2 feveret den...aku ade lagu complete set OST Nam Tour of Duty....aku bole share ngan ko jika ko naklah
oh yeee....majalah ko nie bila ko nak? aku risau...
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Aug 14, 2010 4:29 pm
SgtKurtz wrote:
menariklah von.....tunjuklah lagi....namun lagu era Perang Vietnam dan WW2 feveret den...aku ade lagu complete set OST Nam Tour of Duty....aku bole share ngan ko jika ko naklah
oh yeee....majalah ko nie bila ko nak? aku risau...
Kasi masuk sini laa itu lagu vietnam era tu..semua boleh share bro.. Itu majalh ko baca laa dulu puas2, buat research ka..apa kaa... lepas raya laa ko bagi aku balik.....
Capt. Price Specialist
Posts : 162 Join date : 13/08/2010 Age : 45 Location : Kuala Lumpur
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sat Aug 14, 2010 10:59 pm
Ok actually saya minat satu anthem nih. Cerita tv series The-A-Team. Selain daripada tuh kalau sapa-sapa minat game Call Of Duty: Modern Warfare 2. Game ni ada keluar lagu soundtrack dia dan kalau dengar memang bersemangat especially tang lagu opening games. Lagu ciptaan komposer Hans Zimmer.
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Sun Aug 15, 2010 4:40 am
Capt. Price wrote:
Ok actually saya minat satu anthem nih. Cerita tv series The-A-Team. Selain daripada tuh kalau sapa-sapa minat game Call Of Duty: Modern Warfare 2. Game ni ada keluar lagu soundtrack dia dan kalau dengar memang bersemangat especially tang lagu opening games. Lagu ciptaan komposer Hans Zimmer.
The A-Team Okay Capt.Price...Yr favourite as seen above Saya pun minat irama dia...Mini siri ni mula ke udara pada 1983 dan berakhir pada 1986. Dalam tempoh tu sebanyak 98 episode dihasilkan. Dan pada tahun ni 2010, filem A-team ni keluar...kisah askar upahan tapi bagi pihak baik je laaa kalo rgkkan ceritanya. Dulu ada Mr.T sebagai Baracus (dia ni kalo x silap ada main wrestling ni), Dirk Benedict sebagai sihensem Faceman, Shultz sebagai Murdock...watak ni yg palin best sekali..skru tanggal tapi brilliant dan bos dia George Peppard sebagai Hannibal...Kalo masa dulu...mmg dah stby depan TV dah.... kalau tak pasal ranking dia jatuh merudum pada 1986, pasti Universal TV teruskan beberapa episod lagi....
von Command Sergeant Major
Posts : 1341 Join date : 20/02/2010 Age : 58 Location : car junk
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem Fri Aug 20, 2010 10:37 pm
The Bridge At Remagen Filem US yg diedarkan oleh United Artist pada 1969. Pelakon utama ialah Robert Vaughn, George Segal dan Ben Gazzara. Robert Voughn (A man fron U.N.C.L.E) main jadi Major Jerman. Aksi pertempuran hebat dan jenis2 kenderaan bolehlah dikira tepat. Entah mana laa diorang dapat Meriam 88 Jerman tu, banyak pulak tu. Hanomag halfttrack tu ada nampak 2 bijik dan American vehicle..O la laaa...banyak!! M24 Chaffee belambak2. Teruja jugak tgk filem ni. Kisahnya ialah Jerman nak delay kan kemaraan US nak cross Sg.Rhine, so plan nak letupkan jambatan Ludendorf dan kat sini berbagai konflik muncul. Uniform mereka emmm..wundava!!
Sponsored content
Subject: Re: Pelbagai Lagu Anthem/Soundtrack Filem